Persediaan SOP Pembukaan PIM

6 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Sibujaya telah diberi arahan untuk kembali bekerja di Pusat Internet Sibujaya kerana daerah Sibu telah kembali menjadi zon hijau dimana tiada lagi kes Covid-19 dilaporkan.

Bagi mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengikuti SOP yang disediakan di tempat kerja, persediaan sebelum membuka kembali Pusat Internet perlu dilakukan. Perbersihan dan aktiviti nyahkuman dilakukan bagi memastikan keselamatan pekerja dan pelanggan pusat internet.

Selain daripada aktiviti pembersihan dan nyahkuman, meja dan komputer turut disusun bagi membolehkan penjarakkan sosial diamalkan oleh pelanggan. Garisan jarak 1 meter turut dibuat di hadapan kaunter dan di luar pusat internet. PPE turut disediakan dan dipastikan berfungsi dengan baik. Pusar Internet Sibujaya juga berharap dengan persediaan yang dilakukan, pelanggan dapat mematuhi SOP seperti saranan kerajaan dan mengamalkan norma baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali